Year 2015

1. PENGENALAN

 1.1       Majlis Pemulihan Malaysia

Majlis Pemulihan Malaysia merupakan sebuah pertubuhan sukarela kebajikan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh Kementerian Perkhidmatan Kebajikan (sekarang dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) pada 17 November 1973; dan secara rasminya berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 21 Januari 1975.

Sebanyak 27 badan bukan kerajaan peringkat kebangsaan dan negeri menjadi ahli Majlis. Di peringkat antarabangsa, Majlis merupakan ahli gabungan Rehabilitation International, Asia & Pacific Disability Forum, International Abilympics Federation, VSA (Jabatan VSA dan Aksessibiliti) dan International Council on Social Welfare.

Semenjak penubuhannya, Majlis telah menjalankan pelbagai usaha untuk membawakan perubahan kepada golongan orang kurang upaya (OKU). Usaha ini dilaksanakan dengan menganjurkan pelbagai program pembangunan bagi membolehkan OKU dapat menikmati semua peluang yang disediakan sekaligus membentuk sebuah masyarakat yang inklusif.

1.2       Abilympics dan Peranan Majlis Pemulihan Malaysia

Abilympics (berasal daripada frasa Olympics of Abilities) merupakan pertandingan kemahiran pekerjaan dunia untuk orang kurang upaya (OKU) yang mana dapat mengubah pandangan sesetengah pihak terhadap potensi dan keupayaan OKU, dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan untuk OKU.

Konsep pertandingan ini adalah menyerupai `Skills Competition’ yang diselaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Pembangunan Kemahiran yang mana menyediakan peserta daripada kalangan mereka yang bukan kurang upaya untuk bertanding di peringkat antarabangsa (pertandingan WorldSkills).

Pertandingan International Abilympics yang pertama diadakan di Tokyo, Jepun pada tahun 1981. Pertandingan ini menerima sokongan padu daripada badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. Pertandingan International Abilympics kemudian dianjurkan setiap empat tahun sekali oleh organisasi yang dipilih oleh International Abilympics Federation dengan sokongan Rehabilitation International.

Pertandingan International Abilympics kali ke-9 akan diadakan di Bordeaux, Perancis pada 22 hingga 27 Mac 2016.

Majlis Pemulihan Malaysia, selaku penyelaras Abilympics di Malaysia membuat pemilihan peserta OKU wakil negara menerusi Pertandingan Abilympics Kebangsaan. Pemilihan peserta yang bertanding di dalam Pertandingan Abilympics Kebangsaan terlebih dahulu dilakukan menerusi Pertandingan Abilympics Negeri.

2. PERTANDINGAN ABILYMPICS KEBANGSAAN

Majlis Pemulihan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Abilympics Kebangsaan bagi memilih peserta yang berkelayakan bagi mewakili negara ke 9th International Abilympics, bermula pada 11 Oktober 2014 dan berakhir pada 9 Mei 2015.

Sebanyak 14 kategori kemahiran telah dipertandingkan di dalam pertandingan ini dengan rakan kolaborasi iaitu :-

Bil. Kategori Tarikh Rakan Kolaborasi
1. Menghias kek 11 Oktober 2014 Kolej Komuniti Selayang

Batu Caves, Selangor

2. Masakan
3. Gubahan bunga 29 November 2014 So-Sen Floral Art Centre Sdn Bhd
4. Data Processing – Basic Course 7 Februari 2015 Jabatan Pembangunan Kemahiran
5. Word Processing
6. Rekaan laman sesawang
7. Computer Assembly
8. Jahitan Pakaian – Lanjutan 14 Mac 2015 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA
9. Jahitan Pakaian – Asas
10. Sulaman
11. Fotografi – Studio
12. Fotografi
13. Lukisan 9 Mei 2015 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
14. Silk painting

* Rujuk Lampiran 1 untuk senarai penuh pemenang

2.1       Pertandingan Bagi Setiap Kategori Kemahiran

2.1.1    Kategori Masakan dan Menghias Kek

Pertandingan yang diadakan pada 11Oktober 2014 bertempat di Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pendidikan Tinggi membuka tirai bagi Pertandingan Abilympics Kebangsaan bagi membuat pemilihan wakil negara ke 9th International Abilympics.

Kategori Masa Juri Peserta Pemenang
Masakan 3 jam Tiada maklumat 11 Yap Yee Heng
Menghias Kek 6 jam Tiada maklumat 9 Mohd Hellmy bin Mat Zain

Perasmian  pertandingan disempurnakan oleh  Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK),YBhg. Dato’ Amir Bin Md Noor.

2.1.2    Kategori Gubahan Bunga

Pertandingan diadakan bertempat di Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur memerlukan peserta menghasilkan 3 jenis gubahan bunga :

i. Arrangement of cut flowers – 1 jam
ii. Hand-tied bouquet – 45 minit
iii. Long dining table arrangement – 2 jam

Kategori Masa Juri Peserta Pemenang
Gubahan bunga Rujuk

di atas

1. Ms Sally See 11 Ho Foong Choang
2. Ms Kathy Ong

2.1.3    Kategori ICT

Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan pertandingan bagi kategori kemahiran bagi kategori ICT iaitu :-

1. Data Processing – Basic Course
2. Word Processing
3. Rekaan laman sesawang
4. Computer Assembly

Pertandingan diadakan pada 7 Februari 2015, bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor.

Kategori Masa Juri Peserta Pemenang
Data Processing – Basic Course 1 jam

40 minit

1. Encik Norhisyam bin Dasuki  

2

Jayawirawan M Asraf
2. Encik Iskandar bin Kamaruddin
Word Processing

 

1 jam

30 minit

1. Encik Baharil Ihzan bin Onn  

4

Khairunnisa binti Johari
2. Encik Saiful Amir bin Omar
Rekaan laman sesawang 3 jam 1. Encik Wan Ahmad Jailani bin Wan Ngah  

3

Mohd Farhan bin Kamarzaman
2. Encik Muhammad Riyani bin Makhtar
Computer Assembly 4 jam 1. Encik Mohd Ropi bin Abdullah  

4

Yow Shann Koon
2. Encik Muhammad bin Yusof

YBhg Datuk Dr Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran merasmikan majlis penutupan pertandingan.

2.1.4    Kategori Fotografi, Sulaman dan Jahitan Pakaian

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA Shah Alam merupakan rakan kolaborasi bagi pertandingan yang diadakan pada 14 Mac 2015.

i. Fotografi – Studio : Peserta dikehendaki mengambil gambar model
ii. Fotografi : Peserta dikehendaki  mengambil gambar sekitar pertandingan
iii. Jahitan pakaian – peringkat asas : Peserta dikehendaki menghasilkan sehelai apron
iv. Jahitan pakaian – peringkat lanjutan : : Peserta dikehendaki menghasilkan sehelai  blaus

Kategori Masa Juri Peserta Pemenang
Fotografi – Studio 2 jam 1. Encik Nik Ridzuan Nik Yusoff

2. Tuan Haji Shahirman Shahalan

3. En. Sabki Md. Noh

2 Beh Chong Tiong
Fotografi 4 jam 4 Haymasuthan A/L Periasamy
Sulaman 4 jam 1. Pn. Rose Dahlina Rusli

2. Encik Khairulazlan Abdul Karim

3. Encik Faizal Hamid

4 Nadia binti Mansor
Jahitan pakaian – peringkat asas 4 jam 1. Dr Saemah Yusof

2. Encik Anas Musavir

3. Puan Norizan Sajar

14 Lai Yoke Chan
Jahitan pakaian – peringkat lanjutan 4 jam 8 Nor Iani binti Mohd Yatim

Profesor Madya Dr Faizah Abdul Majid, Pengarah AIC, ICAN UiTM merasmikan majlis penutupan majlis.

2.1.5    Kategori Lukisan dan Silk Hand Painting

Pertandingan diadakan bertempat di Akademi Pengajian Melayu. Tema bagi kategori kemahiran ialah :-

i. Lukisan                       – Isi Rimba
ii. Silk hand painting      –Coral reef (Terumbu karang)

Kategori Masa Juri Peserta Pemenang
Lukisan 1.     Dr Sabzali Musa Kahn

2.     Jaffri Hanafi

3.     Rainal Hidayat Wardi

4.     Muhammad Firdaus

5.     Rusmawati Ghazali

Yeo Suh Chan
Silk hand painting Amran bin Hamid

3. LATIHAN INTENSIF KEPADA WAKIL NEGARA

Latihan intensif ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta sekaligus membolehkan mereka lebih bersedia ketikadi dalam pertandingan 9th International Abilympics. Rakan kolaborasi Pertandingan Abilympics Kebangsaan bertanggungjawab dalam menyediakan memberikan latihan kepada peserta yang akan bertanding di 9th International Abilympics.

Ini diharapkan dapat membentuk sebuah pasukan berprestasi tinggi (high performance team) yang mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi dibentuk dan diharapkan dapat mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

4. PENUTUP

Pihak Majlis Pemulihan Malaysia mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran yang banyak membantu Majlis Pemulihan Malaysia dalam menjayakan Pertandingan Abilympics Kebangsaan – Kategori ICT

Kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran membolehkan pertandingan tersebut diadakan dengan jayanya dan adalah diharapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran akan terus dapat memberikan sokongan kepada Majlis Pemulihan Malaysia pada masa akan datang, terutamanya untuk memberikan latihan  kepada peserta yang menang sebagai persediaan ke 9th International Abilympics pada tahun 2016.

Pihak Majlis Pemulihan Malaysia juga berharap agar pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran juga dapat terus berkolaborasi kepada pihak Majlis bagi memajukan golongan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia terutamanya dari segi membantu meningkatkan kemahiran golongan OKU ini menerusi peluang latihan yang ditawarkan.

LAMPIRAN 1 : Kategori Kemahiran Yang Dipertandingkan Di Dalam Pertandingan Abilympics Kebangsaan Dan Senarai Penuh Pemenang

Bil. Kategori Tarikh Tempat Pemenang
1. Menghias kek 11Oktober 2014 Kolej Komuniti Selayang

Batu Caves, Selangor

1. Mohd Helmy bin Mat Zain
2. Celvin Ng Chu Yung
3. Mohamad Zulfiqri bin Yasuhimi
2. Masakan 1. Yap Yee Heng
2. Muhamad Safiuddin b. Hj Rosli
3. Dayangku Mazriana Maparaju
3. Gubahan bunga 29 November 2014 MAKPEM

Kuala Lumpur

1. Ho Foong Choang
2. Mohd Yunus bin Mohd Ismail
3. Tan Ruey Jiuan
4. Data Processing – Basic Course 7 Februari 2015 Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor 1. Jayawirawan bin Hj Mohd Asraf
2. Mohd. Rasul bin Ramli
5. Word Processing 1. Khairunnisa bt Johari
2. Juliana Louise
3. Ku Ghazali bin Ku Yakub
6. Rekaan laman sesawang 1. Mohd Farhan bin Kamarzaman
2. Loh Seng Fong
3. Chow Ja Chat
7. Computer Assembly 1. Yow Shann Koon
2. Muhamad Khairul Hibatullah Fitri bin Omar
3. Roy Marten ak Tihai
8. Jahitan Pakaian – Lanjutan 14 Mac 2015 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam,  Selangor

1. Nor Iani binti Mohd Yatim
2. Chew Lay Peng
3. Rohani binti Jaafar
9. Jahitan Pakaian – Asas 1. Lai Yoke Chan
2. Sanawiah binti Lanong
3. Mohd Jamil bin Rashid
10. Sulaman 14 Mac 2015 Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam,  Selangor

1. Nadia binti Mansor
2. Laura Bawang ak Francis Belon
3. Henny ak Bajing
11. Fotografi – Studio 1. Haymasuthan A/L Periasamy
2. Mohamad Firdaus Bin Abdul Latif
12. Fotografi 1. Beh Chong Tiong
2. Jonathan Ho Choon Seong
3. Muhammad Erwan bin Abd Malek
13. Lukisan 9 Mei 2015 Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

1. Yeo Suh Chan
2. Zulaiha binti Zulkapli
3. Nor Syarmila binti Noor Din
14. Silk hand painting 1. Amran bin Hamid
2. Mat Jamil bin Ramli
3. Mohd Khairuddin bin Che Rani

LAMPIRAN 2 : Gambar-gambar Pertandingan Abilympics Kebangsaan

2.1       Kategori Masakan dan Menghias Kek

image001Pertandingan Kategori Menghias Kek

image003
Antara peserta bagi pertandingan kategori Masakan

image005Taklimat pertandingan (Masakan)

image007Sesi penjurian (Menghias Kek)

2.2       Kategori Gubahan Bunga

image009Peserta kategori Gubahan Bunga

image011Sesi penjurian

2.3       Kategori ICT

image013Taklimat pertandingan kepada peserta

image015Peserta bagi kategori kemahiran Data Processing – Basic Course

image017Antara peserta bagi kategori kemahiran Computer Assembly

 image019Peserta bagi bagi kategori kemahiranWords Processing

 image022Peserta bagi bagi kategori kemahiran Mereka Laman Sesawang

image023Sesi penjurian

2.4       Kategori Fotografi, Sulaman dan Jahitan Pakaian

image025Antara peserta bagi kategori Fotografi dan Sulaman

image027Antara peserta bagi kategori Jahitan Pakaian – peringkat asas

image029Peserta bagi kategori Jahitan Pakaian – peringkat lanjutan

image031Sesi penjurian

2.5       Kategori Lukisan dan Silk Hand Painting

image033Pertandingan kategori Lukisan

image035Pertandingan kategori Silk Hand Painting

LAMPIRAN 3 : Latihan Intensif

image037Latihan kepada Mohd Farhan bin Kamarzaman, wakil Rekaan Laman Sesawang

image039Latihan kepada Khairunnisa binti Johari, wakil Words Processing

image041Latihan kepada Jayawirawan M Asraf, wakil Data Processing – Basic Course 

image043Latihan kepada Yow Shann Koon, wakilComputer Assembly 

image045Latihan kepada Zulaiha binti Zulkapli, wakil kedua bagi Kategori Lukisan

Latihan kepadaAmran bin Hamid, wakil kategori Silk Hand Painting